Ke kuala lumpur membeli belah,
ramainya orang tidak terkira..
dalam hati merasa gundah,
melihat tuan tidak ceria.
Kalu ke pasar membeli peria,
jangan lupa membeli ikan..
badan tak sehat emosi tak ceria,
minum obat ikhtiar jalankan.
Ramai orang melihat pameran,
setty cantik pelbagai perabot..
hati perkenan kapadamu tuan,
sayangnya berat mulut menyebut..
Rambutan masak warnanya merah,
masak setangkai di hujung dahan..
khusuk tawaduk kepada Allah,
teguh iman mengadap ramadhan..
Merdu suaranya orang bersyair,
sayup terdengar memecah sunyi..
bulan ramadhan semakin hampir,
selepas solat muhasabah diri..
No comments:
Post a Comment